摘要:Kajian ini meninjau sikap pelajar pintar cerdas terhadap penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah di sekolah. Aspek sikap yang dinilai adalah dari segi kepentingan peta minda dan sejauh mana peta minda digunakan dalam pembelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan yang melibatkan dua tahap pungutan data. Pada tahap pertama, satu set soal selidik diedar kepada 30 orang pelajar pintar cerdas di sebuah sekolah pintar di Malaysia. Kemudian, temu bual individu dilakukan kepada lima orang pelajar sebagai memahami penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sejarah. Data kuantitatif dianalisis dengan memfokuskan kepada statistik deskripsi, manakala data temu bual dianalisis secara manual dan bebas oleh dua orang pengekod (coders). Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap kepentingan peta minda dalam pembelajaran Sejarah, namun tidak semua pelajar menggunakannya dalam mengulang kaji pelajaran. Pelajar juga menyatakan yang mereka sukar memahami peta minda yang dibina pihak lain. Hal ini menunjukkan bahawa keberkesanan peta minda dalam pembelajaran Sejarah lebih bersifat kreativiti individu. Implikasi kepada proses pengajaran mata pelajaran Sejarah turut dibincangkan dalam artikel ini.
其他摘要:This study surveyed gifted students’ attitudes towards the use of mind maps in learning history in a school context. Two main areas investigated including the importance of mind maps for learning history from the students’ perspectives and to what extent the mind maps are used by them. This study was completed in two stages. In the first stage, a set of questionnaires was distributed to 30 students in a Malaysian smart school. In the second stage, five students were individually interviewed. Later, individual interviews carried out to five students in understanding the use of mind maps in learning history. Quantitative data was analyzed by focusing on descriptive statistics, whereas narrative data was analyzed manually by two coders. Results demonstrated that the students had a positive attitude towards the importance of mind maps in learning history, but not students use it. Some students reported that is difficult to understand the mind maps, particularly the mind maps that are created by others. This indicates that the effectiveness of mind maps in learning history is dependent on individual creativity. Implications for teaching History subject is also discussed in this article.
关键词:Pembelajaran sejarah; peta minda; pelajar pintar cerdas; sikap pelajar
其他关键词:Learning history; mind maps; gifted students; students’ attitude