摘要:Rasa tidak puas hati terhadap penguasaan bahasa dalam kalangan para pelajar, iaitu ketidakupayaan pelajar menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk mengungkapkan buah fikiran dan ilmu pengetahuan sudah sering disuarakan. Pada keseluruhannya pelajar kita lulus peperiksaan tetapi tidak memperlihatkan keupayaan berbahasa selaras dengan tarafnya sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan dunia moden dan bahasa kebangsaan negara. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan amat diperlukan untuk membolehkan mereka memahami dan menggunakan sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu dengan tepat dari segi prinsip dan semantiknya. Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan satu teknik alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Secara umumnya, kajian ini menumpu kepada penggunaan perisian program daftar kata dalam enjin carian google, iaitu perisian antconc yang digunakan untuk menganalisis data bahasa berasaskan korpus dari Sistem Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka). Kajian ini menunjukkan bagaimana program daftar kata antconc berupaya untuk membantu pelajar memahami perbezaan penggunaan kata yang bersifat sinonim, kerana kata jenis ini sering menimbulkan kekeliruan, terutama apabila hendak memahami perbezaan makna, sehingga menyebabkan timbul kesilapan dalam penggunaannya. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa proses pengajaran tatabahasa menggunakan strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer telah mencadangkan satu strategi alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Teknik ini berupaya membekalkan pelbagai maklumat kebahasaan kepada pelajar-pelajar, khususnya berkaitan sistem bahasa dan meneliti ciri-ciri kedinamikan sesuatu kata dan ayat.
其他摘要:Dissatisfaction towards language proficiency among students that is the inability of students to use the Malay language to express their thoughts and knowledge has been repeatedly discussed in the Malay language teaching. On the whole, our students pass the exam but do not show the language capabilities in line with its status as the language of science, the language of the modern world relations and the national language. Thus, the process of teaching and effective language learning is needed to enable them to understand and make use of a word in Malay with the right terms and semantic principles. This study was conducted to highlight an alternative strategy in the teaching and learning of grammar. In general, this study focuses on the use of software programmes in Google search engine, in which antconc software is used to analyze corpus –based data from DBP’s Data Base System. This study shows how the programme is capable to help students understand the differences in the use of words that are synonyms, since this kind of words often creates confusion, especially when they try to understand the difference in meaning leading errors in usage. It can be concluded that the process of teaching grammar using Computer Assisted Teaching and Learning approach has proposed an alternative strategy in the teaching and learning of grammar. This strategy is able to supply a wide range of linguistic information to students, particularly in relation to the language system and examines the dynamic characteristics of a word and sentence.
关键词:Program daftar kata; P&P bahasa; data korpus; kata cantik
其他关键词:Word list programme; antconc; language teaching and learning; corpus data; cantik (beautiful)