摘要:Pemahaman merupakan objektif utama aktiviti membaca. Realiti hari ini, terdapat ramai pelajar pengajian bahasa Arab yang tidak mampu memahami teks dengan baik. Antara puncanya ialah kelemahan penguasaan ilmu tatabahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pemahaman pelajar terhadap teks bacaan dan menganalisis pengaruh unsur tatabahasa subjek dan predikat terhadap pemahaman pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Enam orang pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan (ISMBADP) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi peserta kajian ini. Data dikumpulkan melalui dokumen pemahaman teks dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian dapat memahami teks dengan baik. Temu bual yang dijalankan menunjukkan wujudnya pengaruh unsur tatabahasa subjek dan predikat terhadap pemahaman. Oleh itu, unsur subjek dan predikat merupakan aspek penting yang perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) pema haman teks bahasa Arab selain daripada kosa kata, kerana ia merupakan unsur asas binaan ayat
其他摘要:Understanding is a key objective of reading activities. The reality today, there are many Arabic language students unable to understand the text well. This inability caused from weak knowledge of grammar. Therefore, this study aimed at fi nding out the students ‘understanding of a text and analyzing the infl uence of the subject and the predicate element in students’ understanding. This study used qualitative methods with case studies. Six students of Bachelor of Arabic Language in Education (ISMBADP) at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) has been a participant in this study. Data collected from understanding text documents and interviews. The results showed study participants can understand the text well. This interview shows the infl uence of the subject and predicate element in the text understanding. Thus, the elements of the subject and the predicate is an important aspect that should be emphasized in the teaching and learning of Arabic text understanding other than vocabulary, because it is a basic element of the structure of sentences.
关键词:Aplikasi tatabahasa; subjek dan predikat; pemahaman; teks bahasa ArabAplikasi tatabahasa; subjek dan predikat; pemahaman; teks bahasa Arab
其他关键词:Grammer application; subject and predecate; comprehension Arabic text book