首页    期刊浏览 2024年09月18日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Perspektif Guru terhadap Cabaran Pencegahan Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah
  • 其他标题:Teachers’ Perspective on Challenges of Substance Abuse Prevention among Malaysian Secondary School Students
  • 本地全文:下载
  • 作者:CHAN YUEN FOOK ; LIM PECK CHOO ; GURNAM KAUR SIDHU
  • 期刊名称:Jurnal Pendidikan Malaysia
  • 印刷版ISSN:2180-0782
  • 出版年度:2015
  • 卷号:40
  • 期号:1
  • 页码:21-27
  • 出版社:National University of Malaysia
  • 摘要:Penyalahgunaan dadah merupakan masalah terkini yang sangat membimbangkan di seluruh dunia. Malah, bilangan penyalahgunaan dadah melibatkan pelajar sekolah dan para remaja juga semakin bertambah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah menengah dalam menangani masalah ini dan bantuan yang diperlukan bagi mengatasinya. Sejumlah 18 buah sekolah menengah berisiko tinggi telah dipilih dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka. Tinjauan soal selidik dijalankan melibatkan seramai 258 orang guru daripada 18 buah sekolah terpilih. Data dianalisis menggunakan pengiraan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah kekurangan penyertaan para pelajar, kekangan masa dan masalah kewangan merupakan tiga cabaran utama dalam menjalankan program pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah sementara bantuan utama yang diperlukan dalam menjalankan program ini adalah bantuan dari segi bahan dan kewangan, ceramah/klinik anti-dadah dan bantuan dari segi nasihat professional. Satu saranan dalam pelaksanaan program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah (PPDa) ialah melibatkan keluarga pelajar dan masyarakat setempat demi keputusan yang lebih memuaskan. Bagi setiap program pencegahan penyalahgunaan dadah yang dijalankan di sekolah, maklum balas daripada para peserta perlu dikumpul dan dianalisis bagi mengenalpasti keberkesanan dan kerelevanan program tersebut. Kajian ini mendapati bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh sekolah dalam menangani penyalahgunaan dadah seperti kekurangan penyertaaan pelajar, kekangan masa, dan masalah kewangan yang merupakan cabaran utama. Dengan itu, penglibatan semua pihak adalah diperlukan untuk membekalkan sokongan yang diperlukan demi memastikan kejayaan pelaksanaan program pencegahan dadah
  • 其他摘要:Substance abuse is a current and serious problem all around the globe. In fact, the number of substance abusers including school children and teenagers is growing. This study aims to identify challenges faced by secondary schools and the supports needed in the effort to curb substance abuse. A total of 18 high risk secondary schools were selected from Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Penang, Negeri Sembilan and Melaka. The questionnaire survey involved a total of 258 teachers from 18 selected schools. Data were analyzed descriptively using frequency counts and percentages. The results identifi ed the lack of student participation, time constraints and fi nancial problem as three main challenges in conducting drug prevention programmes in schools while the most crucial support needed by schools in organizing substance abuse programmes are material and fi nancial support, anti-drug talk/clinic and professional advice. It is recommended that substance abuse prevention programmes should involve the students’ families and the community to have better result. As for every substance abuse prevention programme held in schools, feedback from the participants should be obtained and analyzed in order to gauge the effectiveness and relevance of the programme. This study concluded that there are many challenges faced by schools in curbing substance abuse with lack of student participation, time constraints and fi nancial problem posed as the main challenges. Hence, involvement of all parties is needed to provide support needed to ensure the success of the implementation of substance abuse prevention programmes.
  • 关键词:Penyalahgunaan dadah; cabaran; program pencegahan penyalahgunaan dadah; sekolah menengah;pelajar
  • 其他关键词:Substance abuse; challenges; drug abuse prevention program; secondary schools; students
国家哲学社会科学文献中心版权所有