摘要:Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah inkuiri naratif ini bertujuan untuk melihat pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Dua objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengubahsuaian masa aktiviti dan susunan aktiviti yang dilakukan oleh guru bagi membantu murid bermasalah pembelajaran belajar dengan lebih berkesan dan mengenal pasti sejauh mana perkataan berfungsi diajar dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Seramai empat orang guru Pendidikan Khas dipilih menggunakan persampelan bertujuan untuk mengambil bahagian dalam kajian di mana data dikumpul menerusi pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati peserta kajian mengubah suai masa aktiviti mengikut tahap kefungsian murid dan mereka mengajar murid bermasalah pembelajaran teruk yang mengalami masalah pertuturan menggunakan bahasa isyarat dan berpandukan sebuah Manual Pengurusan Kanak-kanak yang Mengalami Masalah Komunikasi. Dapatan kajian juga mendapati peserta kajian mengajar perkataan yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Peserta kajian didapati menentukan isi kandungan pelajaran kerana tidak ada buku teks disediakan. Artikel ini mencadangkan senarai perkataan berfungsi yang boleh dijadikan panduan apabila mengajar kemahiran Bahasa Malaysia kepada murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk
其他摘要:Studies conducted using narrative inquiry aims to identify modifi cations in the teaching of the Malay Language skills for students with learning disabilities. The two objectives of this study is to identify the modifi cation of the time and order activities performed by teachers to help students with learning disabilities learn more effectively and to identify the extent to which the word work is taught in Malay Langauge for teaching students with learning disabilities. A total of four special education teachers were selected using purposive sampling to participate in a study in which data were collected through observations, interviews and document analysis. The results showed that participants in the study to modify the activities according to their functionality and their students to teach students with learning disabilities who are suffering from severe speech and sign language based on a User Management Children Experiencing Communications Problems. The study also found that study participants needed to teach words in everyday life. Participants were found to determine the content of the lesson because there is no textbook available. This article proposes a list of words that can function as a guide when teaching the Malay Language skills to moderate and extreme learning diffi culties.
关键词:Pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia; murid bermasalah pembelajaran; pengubahsuaian pengajaran
其他关键词:Malay language teaching; learning diffi culties; the modifi cation of teaching