首页    期刊浏览 2024年10月05日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Peranan Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat
  • 其他标题:The Role of Principal in the Management of Cocurricular from Teacher’s Perspective at National Secondary Schools in Zone of Keramat
  • 本地全文:下载
  • 作者:MOHD IZHAM MOHD HAMZAH ; NORZIANA AYOB
  • 期刊名称:Jurnal Pendidikan Malaysia
  • 印刷版ISSN:2180-0782
  • 出版年度:2015
  • 卷号:40
  • 期号:2
  • 页码:129-138
  • 出版社:National University of Malaysia
  • 摘要:Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab mengurus kurikulum dan kokurikulum. Namun secara realitinya berbanding kurikulum, penglibatan pengetua dalam menerajui pengurusan kokurikulum di sekolah adalah kurang. Mereka sering terikat dengan kerja-kerja yang rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Hal ini secara tidak langsung membantutkan usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perspektif guru penasihat kokurikulum terhadap peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum di sekolah sekolah menengah kebangsaan di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Peranan pengetua dikaji berdasarkan aspek sebagai perancang, pengelola, pemimpin dan pengawal kokurikulum. Sampel kajian terdiri daripada 323 orang guru yang sedang berkhidmat dan memegang tugas sebagai Penasihat Kokurikulum di 12 buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik yang telah dibuat kajian rintis terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai mendapati perspektif guru terhadap peranan pengetua sebagai perancang (min = 3.79), pengelola (min = 3.81), pemimpin (min = 3.79), dan pengawal (min = 3.90), kesemuanya berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya pengetua di sekolah mempraktikkan peranan pengurusan yang berkesan agar para guru dan pelajar akan lebih bermotivasi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah
  • 其他摘要:Principals are the key individuals responsible for managing the curriculum and co-curriculum. In reality principals involvement, in managing co-curricular activities in schools is lacking compare to curriculum. But in reality than the curriculum, involvement in co-curricular activities in schools to manage is lacking. They are often tied up to the routine work in managing and governing of the school. It is indirectly hamper efforts to improve the management of the school co-curriculum. This study aims to examine the perspective of cocurricular advisory teacher towards the role of principal in managing the cocurricular at national secondary schools in the Zone of Keramat, Kuala Lumpur. The role of principal is examined based on the aspects as planner, coordinator, leader and controller of cocurricular. The sample studies consists of 323 teachers who are currently serving and hold the task as an advisor of cocurricular in 12 national secondary schools in the Zone of Keramat, Kuala Lumpur. The sample selection is based on simple random sampling. Data were collected using a questionnaire that had been made prior pilot studies for validity and reliability of the instrument. The descriptive analysis involving the mean and standard deviation found perspective on the roles of teachers as planner (mean = 3.79), organizer (mean = 3.81), the leader (mean = 3.79), and the controller (mean = 3.90), all of which are at high level. In conclusion, the finding of this study shows the importance of a school principal to practice effective management role so that teachers and students are more motivated to ensure the success of cocurricular activities in school
  • 关键词:Pengurusan; kokurikulum; peranan pengetua
  • 其他关键词:Management; co-curriculum; principle role
国家哲学社会科学文献中心版权所有