摘要:Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji pola isu, persepsi, serta pengalaman pelajar pintar dan berbakat tempatan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam persekitaran sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kohot pertama dan kohot kedua di sebuah sekolah ‘makmal’ yang menyediakan program pendidikan khusus untuk populasi pelajar pintar dan berbakat. Kajian penerokaan kualitatif ini menggabungkan temu bual kumpulan fokus dan temu bual mendalam sebagai kaedah pengumpulan data. Data yang diperolehi dilakukan analisis tema menggunakan perisian NVivo versi 8.0, bagi mendalami pola isu, persepsi, serta pengalaman responden kajian secara terperinci. Dapatan utama penyelidikan ini menunjukkan bahawa pola isu pelajar pintar dan berbakat tempatan lazimnya berkisar kepada dimensi-dimensi kerjaya, akademik, dan psikososial. Realiti ini mendorong kepada kecenderungan peserta kajian untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam dimensi-dimensi berkenaan. Dapatan turut menunjukkan indikasi bahawa persepsi dan pengalaman peserta kajian terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah umumnya terbina oleh gabungan reaksi positif dan negatif. Perolehan dapatan keseluruhan penyelidikan menyediakan maklumat komprehensif yang boleh dijadikan asas kepada penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah yang ‘terbeza’ untuk populasi pelajar pintar dan berbakat tempatan
其他摘要:This research was designed to examine the issues, perceptions, and experiences toward school guidance and counselling services among local gifted and talented students. This qualitative exploratory research was conducted on 30 students from the first and second cohorts of a particular ‘laboratory’ school which offers gifted and talented education program. The data – which was gathered from focus group and in-depth interview sessions – was thematically analysed using the Nvivo software, version 8.0 in order to deeply explore variables under study. The main finding shows that common issues shared among the participants were evolved around career, academics, and psychosocial dimensions. Hence, guidance and counseling services were often seeked to help them coping with these issues. Moreover, the participants were found to have mixed – positive and negative – perceptions and experiences toward guidance and counseling provision at school. Overall, findings of this research provide useful baseline information to guide the development of differentiated school guidance and counselling services for the local population of gifted and talented students
关键词:Bimbingan dan kaunseling; pelajar pintar dan berbakat; pendidikan; kajian kualitatif; Malaysia
其他关键词:Guidance and counselling; gifted and talented students; education; qualitative research; Malaysia