标题:Kit pemantauan penyambungan litar elektrik: Satu kajian efikasi Alat Bantu Mengajar (Schematic circuit and circuit connectivity kits for Malaysian science students: An efficacy study of a teaching aid)
其他标题:Schematic circuit and circuit connectivity kits for Malaysian science students: An efficacy study of a teaching aid
期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2016
卷号:12
期号:3
页码:69-78
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kit pemantau penyambungan litar elektrik merupakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bagi memudahkan para pelajar mempelajari dan memahami prinsip litar elektrik asas, khususnya mendalami cara penyambungan litar pendawaian dengan betul berdasarkan litar skima yang diberi tanpa perlu pengawasan atau bantuan guru sepenuh masa. Kit ini juga memperkenalkan pelajar dengan istilah-istilah asas dalam litar elektrik yang dapat ditunjukkan melalui sambungan yang dibuat dan hasilnya dipaparkan pada LCD/lampu penunjuk. Dengan adanya kit ini, proses pengajaran dan pembelajaran menjad i lebih mudah kerana pelajar boleh mengesan sendiri kesalahan dalam penyambungan pendawaian melalui respon yang diberikan . Apa yang menarik berkaitan kit ini, ia mendorong pelajar menjadi lebih yakin apabila berjaya melakukan sambungan dengan betul, sifat ini tidak mungkin dicapai bagi pelajar yang ramai dalam satu kelas. Sifat yakin diri dan berkebolehan memeriksa penyambungan litar sendiri tanpa bantuan daripada guru menjadi salah satu matlamat dalam pendidikan. Gadget ini dilengkapi dengan kemudahan mengesan dan memaparkan sambungan yang sudah dilakukan dan yang belum dilakukan. Kemudahan ini dapat menambahkan keberkesanan penyampaian pengetahuan dan kemahiran dalam kerja litar elektrik asas, kebolehan membaca dan mentafsir litar elektrik dan pelajar berupaya melakukan amali pemindahan litar skima ke litar pendawaian. Hasilnya, kemahiran penyambungan litar elektrik asas akan bertambah baik.
其他摘要:To enhance the life coping skills of Malaysian young population, a teaching aid was developed for levels 1-3 physical science students. This involved reading the schematic circuit and circuit connectivity on a practical basis, enabling them to learn about basic circuit connectivity without needing a lot of teachers' help. It was found that by means of this gadget students were able to connect a wiring schematic circuit. Every time a connection was made, this gad get will check whether the connection was correct or incorrect. This gadget also introduced students to basic terminology o f the electrical circuit such as short circuit, op en circuit, wrong polarity and complete the circuit. All of this was shown b y the connections and indicator lights. By hav ing this gadget, teachers no longer need ed to check the connections made by students one by one. This had not only enhanced the students' ability to read and make practical transfer to the schematic circuit wiring and connecting electrical circuits but also, more meaningfully, instilled greater self confidence of the students, thus fulfilling a basic goals of education itself.
关键词:ABM; kemahiran penyambungan litar elektrik; litar elektrik asas; litar skima; penyambungan litar ; pendawaian; prinsip litar elektrik asas
其他关键词:electrical circuits; life coping skills; principles of basic electric circuit schematic circuit connecting ; skills; schematic circuit wiring skills; teaching aid