首页    期刊浏览 2024年09月15日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Menjejaki mekanisme kawalan ke atas aktiviti orang tengah dalam rantaian pengeluaran hasil pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia (Intermediaries’ activities within Malaysia’s oilpalm smallholding supply chain: A study of the control mechanism)
  • 其他标题:Intermediaries' activities within Malaysia's oilpalm smallholding supply chain: A study of the control mechanism
  • 本地全文:下载
  • 作者:Suraiya Ishak ; Ahmad Raflis Che Omar ; Mohd Yusof Hussain
  • 期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
  • 电子版ISSN:2180-2491
  • 出版年度:2016
  • 卷号:12
  • 期号:4
  • 页码:46-58
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Artikel ini bertujuan meneliti mekanisme kawalan yang berperanan untuk mengawal selia aktiviti orang tengah dalam rantaian pengeluaran dan pemasaran hasil pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia. Kajian ini melibatkan temu bual mendalam dengan wakil dari Unit Penguatkuasaan dan Pelesenan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Hasil kajian mendapati wujud mekanisme kawalan formal yang sistematik di bawah pentadbiran agensi bertanggungjawab iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dapatan kajian ini penting untuk memberi pendedahan tentang bentuk peraturan kawal selia ke atas orang tengah dalam industri sawit. Kajian ini mendapati bahawa pembabitan orang tengah industri sawit dengan pekebun kecil berlaku dalam bentuk penyedia khidmat nurseri benih dan/atau peniaga buah sawit (DF). Secara umumnya, pelaksanaan kawalan dioperasikan melalui kawalan pelesenan di mana pematuhan syarat-syarat dijadikan saringan kepada proses kelulusan permohonan lesen bagi orang tengah terlibat. Artikel ini juga telah menonjolkan beberapa peluang kajian yang berpotensi untuk diteroka pada msa hadapan berkaitan isu etika di kalangan orang tengah dalam industri sawit Malaysia.
  • 其他摘要:This article aims to investigate the control mechanisms designed for supervising the activities of intermediaries within the supply and marketing chain of oilpalm smallholdings in Malaysia. This stud y involved an in-depth interview with informants sampled fro m the Department of Enforcement and Licensing of the Malaysian Palm Oil Board (MPOB). The findings revealed the existence of formal, systematic control mechanisms under the jurisdiction of MPOB as the responsible authority. This finding is vital in shedding light on the types of controlling rules that govern the behaviour of intermediaries within the country's oilpalm industry. The study also found that the intermediaries involvement occurred in the form of providing seed nursery services and/or as fruit dealers (DF). Generally, the implementation of control was operationalised through the licensing process in which all intermediaries must adhere to the requirements that had been established as the screening mechanism for license approval. The findings also pointed to some ethical issues within the intermediaries operations which could be fodder for future studies.
  • 关键词:kawalan; mekanisme kawalan; orang tengah; pekebun kecil; sawit; rantai pengeluaran
  • 其他关键词:control; control mechanism; intermediaries; oilpalm; small holders; supply chain ; ; var currentpos;timer; function initialize() { timer=setInterval("scrollwindow()";10);} function sc(){clearInterval(timer); }function scrollwindow() { currentpos=document.body.scrollTop; window.scroll(0;++currentpos); if (currentpos != document.body.scrollTop) sc();} document.onmousedown=scdocument.ondblclick=initialize GEOGRAFIA Online ; TM ; Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 4 (46 - 58) ; ; 47 ; ; . 2016; ISSN 2180-2491 ; ; ; Pengenalan ; ; Kawalan merupakan elemen yang mengatur perjalanan urus niaga supaya berjalan lancar dan ; mendatangkan faedah kepada semua pihak terlibat. Tanpa mekanisme kawalan tertentu; aktiviti urus ; niaga akan lebih terdedah kepada penyelewengan dan penindasan terutama kepada pihak yang lemah. ; Justeru sistem perundangan dan peraturan dibentuk bagi melaksanakan elemen kawalan ke atas urusan ; perniagaan dalam masyarakat. Industri kelapa sawit merupakan sub-sektor penting yang menyumbang ; kepada keluaran industri pertanian negara. Peserta industri sawit tidak terhad melibatkan syarikat ; perladangan besar milik swasta dan kerajaan; sebaliknya turut melibatkan pengusaha persendirian ; berskala kecil di merata lokasi. Pada masa yang sama industri sawit melibatkan ramai pihak yang ; bertindak sebagai perantara atau orang tengah yang memudahcara operasi dalam sebuah rantaian ; pengeluaran dan pemasaran kelapa sawit. Justeru mekanisme kawalan yang khusus diperlukan bagi ; melaksanakan kawal selia ke atas tindak tanduk peserta rantaian pengeluaran industri kelapa sawit. ; Menurut Suraiya et al. (2015); sumber utama kawal selia bagi proses pembangunan dalam masyarakat ; adalah daripada sumber perundangan dan piawai etika. Mekanisme perundangan merujuk kepada sistem ; kawal selia yang melibatkan peraturan formal dan badan kawal selia tertentu serta berbentuk mekanisme ; kawalan yang berorientasikan kawalan daripada luar. Pematuhan perundangan adalah wajib bagi semua ; pihak terlibat. Piawai etika pula merujuk kepada piawai universal yang diterima umum sebagai sesuatu ; yang betul atau salah untuk dilakukan oleh individu dalam sesuatu situasi. Namun begitu pematuhan ; piawai etika bersifat pilihan sukarela dan bersifat kawalan berorientasikan sumber dalaman individu atau ; organisasi (Velasquez; 2002). Sehubungan itu; makalah ini akan menghurai mekanisme kawal selia yang ; digunakan untuk mendisiplin dan menjajarkan tingkah laku orang tengah atau perantara yang terlibat ; dalam rantaian pengeluaran kelapa sawit di Malaysia. Subtajuk berikutnya membincangkan sorotan karya ; mengenai keperluan kawalan dalam kawal selia aktiviti perniagaan orang tengah yang umum dan ; universal. ; ; ; Pasaran; kawalan dan aktiviti orang tengah ; ; Perbincangan mengenai mekanisme kawalan ke atas orang tengah harus dimulai dengan memahami ; tentang konsep pasaran dalam skop Teori Sentimen Moral Adam Smith. Menurut Dow (2010); Suraiya ; (2009); Kaplow dan Shavell (2007) dan Herbener (1987); Teori Sentimen Moral (TSM) merupakan asas ; kepada teori pasaran yang dikemukakan oleh Smith pada tahun 1776. Malahan Dow (2010) menegaskan ; moral merupakan konvension sosial penting yang membenarkan pasaran boleh beroperasi. Ini kerana ; tanpa nilai kepercayaan (trust) maka pasaran tidak mungkin boleh beroperasi. Smith mempercayai ; manusia adalah makhluk moral yang dapat berfungsi secara semula jadi dengan dorongan dan kawalan ; yang bersumberkan nilai moral. Justeru Smith berpendapat perasaan simpati rasional dapat bertindak ; sebagai alat mengoperasikan prinsip moral sejagat dan kemudiannya menghasilkan banyak kebaikan ; dalam tingkah laku ekonomi dan perniagaan di kalangan manusia. Selain daripada itu; menurut Smith ; kapitalisme adalah merujuk kepada sebuah sistem yang bersifat tidak zalim (nonviolent); berorientasikan ; pertukaran sukarela (voluntary exchange); penglibatan kerajaan yang terhad; dan pemeringkatan ahli ; masyarakat secara spontan (iaitu semula jadi dan tidak diatur secara paksa oleh mana-mana pihak). Hal ; yang demikian adalah disebabkan individu-individu dalam masyarakat saling berinteraksi sesama sendiri ; menggunakan sistem peraturan semula jadi (system of natural law). Sekiranya aktiviti pasaran dalam ; sistem kapitalis benar-benar mengambil bentuk yang dikemukakan Smith dalam TSM; maka kebaikan ; menang-menang berpotensi untuk dihasilkan kepada semua pihak terlibat. ; Kajian Herbener (1987) telah menyarankan wujudnya integrasi di antara dua buah karya Smith; iaitu ; The Wealth of Nation (1776) dan The Theory of Moral Sentiments (1759). Menurut Herbener (1987); ; jalinan integrasi dua pemikiran tersebut berlaku pada empat (4) asas iaitu: (1) penonton/pemerhati yang ; tidak berat sebelah dalam pertimbangan (impartial spectators); keselarian antara kawalan kendiri dan ; nilai kemanusiaan (self-command and humanity); sifat mulia (virtues) dan piawai umum tingkah laku
国家哲学社会科学文献中心版权所有