期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2007
卷号:23
页码:14
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Makalah ini adalah satu usaha awal untuk menganalisa reaksi media terpilih dari Indonesia dalam kes perebutan Blok Ambalat Timur oleh Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi. Isu ini menjadi hangat disebabkan oleh provokasi media Indonesia. Justeru, satu kajian awal menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif dan kuantitatif dilakukan untuk melihat usaha media Indonesia membentuk kandungan berita (framing). Dapatan kajian mendapati liputan kes Ambalat oleh media Indonesia banyak mengguna pembingkaian tema berita diplomasi dan desakan untuk berperang. Hasil kajian juga menunjukkan kumpulan elit politik , kerajaan dan Tentera Nasional Indonesia antara sumber berita utama. Kajian mendapati bahawa media Indonesia membelakangkan kepentingan nasional dalam pelaporan berita antarabangsa membabitkan kepentingan Malaysia