期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2007
卷号:23
页码:41
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Proses globalisasi dan glokalisasi iklan dikatakan beroperasi dalam dua tahap tekstual. Tahap pertama pemaknaan iklan peribadi menyentuh mengenai genre skematik manakala tahap kedua berkaitan struktur sintaktik. Makalah ini mengkaji proses homogenisasi melalui keakuran kepada struktur skematik dalam iklan peribadi. Hasil analisis iklan peribadi remaja secara kuantitatif dan kualitatif menunjukkan sejauh mana pengiklan remaja ini berusaha merentasi sempadan genre iklan peribadi, untuk merundingkan kekangan normatif terhadap kesan komunikasinya. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja di Malaysia tidak sentiasa keliru dan merasa tidak yakin dengan identiti kendiri mereka