期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2009
卷号:25
页码:1
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Malaysia adalah sebuah Negara membangun yang sedang bergerak ke arah membentuk masyarakat jaringan. Matlamat ini bertujuan memberikan peluang kepada rakyat untuk turut serta dengan aktif dalam aspek ekonomi dan politik melalui teknologi komunikasi dan maklumat (TKM). Justeru, media massa, sama ada milik kerajaan atau swasta telah turut serta dan giat memuatkan TKM di dalam isikandungannya. Makalah ini membincangkan bagaimana media memaparkan maklumat tentang TKM dan bagaimana maklumat itu dipersepsikan oleh rakyat. Perbincangan secara deskriptif adalah berdasarkan kajian isi kandungan ke atas pemaparan TKM oleh media cetak dan elektronik terpilih dan beberapa penemuan tinjauan ke atas 1500 responden di seluruh Malaysia. Perbincangan dalam makalah ini bertujuan menghuraikan peranan media dalam menyebar luas maklumat tentang TKM dan bagaimana boleh membantu kerajaan membudayakan penggunaan TKM ke arah merealisasikan matlamat masyarakat jaringan
关键词:Information and communication technology; mass media; ; network society; dissemination of information; mass media contents