首页    期刊浏览 2025年02月17日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pencarian Maklumat Pendermaan Organ Dan Tisu Dalam Pengikrar Penderma Organ: Satu Tinjauan Awal
  • 本地全文:下载
  • 作者:Normawati Ahmad ; Faridah Ibrahim ; Normah Mustaffa
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2011
  • 卷号:27
  • 期号:1
  • 页码:102-117
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencarian maklumat pendermaan organ dan tisu dalam kalangan pengikrar penderma organ. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Kajian ini telah melibatkan seramai 245 orang responden yang terdiri daripada mereka yang telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ. Responden dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan di empat buah pusat sumber t ranspl an. Pen cari an maklumat diuk ur melalui sumber media yang digunakan (media massa dan interpersonal), tumpuan maklumat, kecukupan maklumat, kepercayaan maklumat, usaha mencari maklumat, punca mencari maklumat dan mencari maklumat lanjut. Data yang dibincangkan ini adalah sebahagian dari hasil kajian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati, surat khabar, televisyen, poster dan risalah menjadi sumber maklumat utama media massa sementara anggo ta kesihatan dan d oktor menjadi pilihan untuk saluran interpersonal. Manakala poster telah diberi tumpuan dengan begitu kerap berbanding dengan media lain. Bagi kepercayaan maklumat, doktor dan anggota kesihatan telah diberi kepercayaan oleh responden bagi mendapatkan maklumat. Walaupun usaha mencari maklumat di kalangan responden adalah tinggi, namun dari segi kecukupan maklumat, majoriti responden menganggap maklumat masih lagi sederhana mencukupi. Manakala punca responden mencari maklumat adalah untuk menambahkan pengetahuan. Kajian menunjukkan kempen kesedaran pendermaan organ adalah penting
国家哲学社会科学文献中心版权所有