期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2011
卷号:27
期号:1
页码:146-169
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kemunculan internet membawa banyak perubahan dalam landskap media massa. Media konvensional telah beralih kepada format digital dan membentuk satu penggabungan media yang mampu menarik minat khalayak terutama golongan remaja. Kajian ini memilih satu medium baru hasil dari gabungan internet dan televisyen iaitu portal stesen televisyen untuk menilai tahap kepuasan penggunaan medium tersebut dalam kalangan pen gguna remaja. Penilaian dibuat dengan meneroka hubungan antara kepuasan yang dicari (GS) dengan kepuasan yang diperoleh (GO) bagi empat ukuran kepuasan iaitu keperluan mendapatkan maklumat, hiburan, utiliti interpersonal dan juga interaktiviti. Kajian eksperimen ini juga menilai kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan terhadap dua portal televisyen; RTM sebagai stesen penyiaran awam dan TV3 sebagai stesen penyiaran swasta. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujud perhubungan yang signifikan di antara kepuasan yang dicari dengan k epuasan yang d iperoleh bagi keemp at-empat u kuran kepuasan yang dikaji dalam kajian ini
关键词:Rema ja; transfo rmasi; kepua sa n; pen ggu naa n; ; internet