首页    期刊浏览 2024年09月07日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Analisis Naratif Filem Dokumentari The Kinta Story (1949)
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd. Nor Shahizan Ali ; Mus Chairil Samani ; Hasrul Hashim
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2011
  • 卷号:27
  • 期号:2
  • 页码:183-202
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Di dalam sesebuah penerbitan filem dokumentari, persoalan utama yang harus difikirkan ialah adakah mesej yang cuba disampaikan kepada kumpulan sasaran atau audien benar-benar tercapai. Audien berkemungkinan melihatnya sebagai sesuatu yang menggambarkan keadaan sebenar atau hanya sekadar sebuah perlambangan. Blumenberg (1975), Bordwell & Thompson (1997), Fludernik (2009), Prince (2003) serta Zettl (2005) meletakkan elemen teknik penerbitan seperti latar, plot dan cerita, grafik, setting serta busana dan solekan sebagai sebahagaian daripada analisis naratif dalam sesebuah penerbitan visual. Kewujudan indeks seiringan dengan linguistik dalam sesebuah wacana membolehkan penonton memahami setiap persembahan visual dengan mengaitkan setiap indeks tersebut dengan keadaan dunia yang sebenar. Implikasinya, dapat menambahkan lagi persembahan semulajadi yang menjadi daya penarik ke atas dokumentari tersebut. Satu analisis terhadap filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah dilakukan untuk mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Pemilihan visual oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya luar telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai bahan sampingan secara senyap untuk menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata masyarakat. Hasilnya teknik naratif dan penerbitan yang digunakan dalam filem dokumentari ini telah berjaya membawa mesej yang ingin disampaikan iaitu sebagai sebuah filem
  • 关键词:Dokumentari; analisis naratif; literasi media; mesej; ; penontonan; propaganda
国家哲学社会科学文献中心版权所有