首页    期刊浏览 2024年09月19日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Pembingkaian Berita Etnik Dalam Akhbar-Akhbar Aliran Perdana Di Malaysia
  • 本地全文:下载
  • 作者:Nurul Ain A.Hamid ; Faridah Ibrahim
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2012
  • 卷号:28
  • 期号:2
  • 页码:95-112
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pembingkaian (framing) memainkan peranan penting untuk memahami peranan media dalam pembinaan sesuatu berita. Pembingkaian adalah proses yang mencerminkan keputusan oleh pengamal media tentang apa yang dianggap penting atau layak untuk dijadikan berita yang mampu mempengaruhi pemikiran. Kajian ini bertujuan untuk melihat pembingkaian berita etnik dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia dan mengenal pasti perbezaan atau persamaan bingkai berita etnik yang disiarkan dalam akhbar-akhbar ini. Dengan menggunakan kombinasi kaedah analisis kandungan kuantitatif dan kualitatif melalui perbincangan kumpulan fokus, kajian ini menganalisis pembingkaian berita etnik yang dilaporkan dalam akhbar aliran perdana iaitu Utusan Malaysia, The Star, Berita Harian dan New Straits Times. Hasil kajian mendapati akhbar Utusan Malaysia lebih memberikan tumpuan terhadap pemaparan berita etnik berbanding akhbar-akhbar lain. Bingkai tanggungjawab dilihat paling banyak digunakan dalam setiap akhbar kerana isu etnik merupakan isu yang penting dan memerlukan keprihatinan yang tinggi daripada semua pihak. Responden dari kajian kumpulan fokus pula berpendapat bahawa pembingkaian berita etnik yang dilaporkan dalam akhbar adalah mengikut latar belakang etnik masing-masing
  • 关键词:pembingkaian; berita; khalayak; akhbar aliran ; perdana; isu etnik
国家哲学社会科学文献中心版权所有