首页    期刊浏览 2024年09月15日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Analisis Keberkesanan Pembinaan Pasukan (Team Building): Impak Ke Atas Sumber Daya Manusia
  • 本地全文:下载
  • 作者:Wan Idros Wan Sulaiman ; Maizatul Haizan Mahbob
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2012
  • 卷号:28
  • 期号:2
  • 页码:227-241
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Perbincangan kajian merangkumi aspek pengurusan dan pentadbiran sumber daya manusia yang memfokuskan kepada keberkesanan pembinaan pasukan (team building) dengan matlamat untuk melahirkan kakitangan yang mahir, berinovasi, kreatif, berdaya saing dan peka terhadap keperluan organisasi. Dalam konteks ini, pengkaji cuba menilai dan menganalisis keberkesanan fungsi pembinaan pasukan sumber daya manusia dengan melihat sumbangannya terhadap tiga faktor peranan utama iaitu Faktor Peranan Berorientasikan Tugas, Faktor Peranan Berorientasikan Hubungan dan Faktor Peranan Berorientasikan Kendiri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 150 kakitangan kumpulan sokongan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikenalpasti secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini cuba menganalisis sejauhmanakah keberkesanan fungsi pembinaan pasukan yang dilaksanakan menjurus kepada semangat dan motivasi kerja serta kemahiran yang tinggi dalam kalangan kakitangan dan secara tidak langsung mencerminkan kedudukan dan kekukuhan aspek pengurusan sumber daya manusia. Kajian ini berharap dapat menyumbangkan idea dan pandangan dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperkemaskan fungsi pembangunan sumber daya manusia dalam kalangan kakitangan awam
  • 关键词:inovasi; kreatif; berdaya saing; peka; pembinaan ; pasukan
国家哲学社会科学文献中心版权所有