首页    期刊浏览 2024年10月01日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kempen Pencegahan H1N1:Kajian Tentang Pengetahuan, Sikap dan Amalan Penduduk di Timur Laut Pulau Pinang
  • 本地全文:下载
  • 作者:Mohd Hilmi Mahmud ; Kamaliah Hj. Siarap
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2013
  • 卷号:29
  • 期号:1
  • 页码:127-140
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan mesej kempen pencegahan H1N1 yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2009 terhadap pengetahuan, sikap dan amalan penduduk di Timur Laut Pulau Pinang. Dengan menggunakan kerangka teoretikal model KAP (Knowledge, Attitude, Practices) dan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan, data telah dikutip daripada 401 penduduk yang tinggal di kawasan Timur Laut Pulau Pinang. Kaedah persampelan yang digunakan untuk mendapatkan responden ialah convenient sampling method. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan penduduk di daerah Timur Laut Pulau Pinang terhadap mesej kempen pencegahan H1N1 adalah pada tahap yang sederhana. Sikap penduduk di daerah Timur Laut Pulau Pinang terhadap mesej kempen adalah sangat positif dan penduduk juga mengamalkan mesej kempen seperti yang telah disarankan dalam kempen pencegahan H1N1. Di akhir kajian, pengkaji menyarankan kajian yang boleh dijalankan pada masa hadapan seperti melihat kesan mesej kempen pencegahan H1N1 bagi keseluruhan penduduk di Pulau Pinang dengan menggunakan responden dari semua daerah di Pulau Pinang. Kesimpulan, kajian ini telah melihat secara menyeluruh pengetahuan, sikap dan amalan penduduk di daerah Timur Laut Pulau Pinang terhadap mesej kempen. Kempen ini dianggap berjaya
  • 关键词:Kempen pencegahan H1N1; Modal KAP; ; pengetahuan; sikap dan amalan; Timur Laut Pulau Pinang
国家哲学社会科学文献中心版权所有