首页    期刊浏览 2024年10月01日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Model Penilaian Kirkpatrick: Mengkaji Pengaruh Komunikasi Terhadap Keberkesanan Latihan
  • 本地全文:下载
  • 作者:Kamaruzzaman Abdul Manan ; Shuhaida Md Nor ; Bahiyah Omar
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2013
  • 卷号:29
  • 期号:2
  • 页码:31-50
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan bersandarkan Model Penilaian Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap penilaian iaitu Tahap I - reaksi; Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan / aplikasi; dan Tahap IV - hasil. Reaksi pelatih kepada dimensi komunikasi diukur pada Tahap I kerana ia dianggap sebagai pemangkin kepada proses yang akan diukur pada tahap selanjutnya. Sebagai penambahbaikan kepada Model Penilaian Kirkpatrick, kajian ini juga telah memasukkan faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan faktor keyakinan untuk mengaplikasi ke dalam model ini. Untuk mengatasi kelompangan kajian lepas yang mendapati kesukaran dalam menilai hasil latihan dari perspektif pihak organisasidi Tahap VI, kajian ini memperkenalkan kaedah gabungan penilaian pelatih dan penyelia bagi menghasilkan sebuah penilaian latihan yang lebih menyeluruh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pengedaran borang soal selidik kepada 200 responden yang terdiri daripada kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM). Kajian ini berjaya membuktikan komunikasi mempunyai hubungan yang kukuh dengan pembelajaran pelatih. Kajian ini juga telah menemukan bahawa keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu dapat membantu dalam meramal perubahan kelakuan pelatih (pengaplikasian ilmu di persekitaran kerja) dengan lebih tepat
  • 关键词:Latihan; Model Penilaian Kirkpatrick; Komunikasi ; dalam Latihan; Penilaian Latihan; Keberkesanan Latihan
国家哲学社会科学文献中心版权所有