期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2013
卷号:29
期号:2
页码:107-124
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Semua bahasa di dunia mengalami perubahan dan perkembangan sepanjang sejarahnya dari pelbagai aspek samada dari segi tatabahasa, pembentukan perkataan, semantik dan sebagainya. Dalam bahasa Arab khususnya, aspek 'perkataan' dan 'frasa' adalah antara aspek utama yang mengalami perubahan besar. Tujuan penyediaan kertas ini adalah untuk mendedahkan sumbangan dan peranan akhbar dalam membentuk identiti bahasa Arab standard dalam aspek 'perkataan' dan 'frasa' terutama selepas revolusi komunikasi di negara Arab. Tumpuan diberikan kepada perubahan penggunaan perkataan yang diiktiraf dan dipopularkan oleh akhbar sebelum diterima dan digunapakai oleh medium lain. Ini termasuklah perkataan-perkataan asing yang semakin berleluasa digunakan dalam akhbar Arab masa kini. Menurut sebahagian besar pakar bahasa, zaman moden bahasa Arab tiba dengan tercetusnya revolusi teknologi khususnya dalam aspek komunikasi dan pendidikan akibat dari percampurannya dengan bahasa – bahasa lain di dunia. Bagi mencapai tujuan ini sebanyak 422 artikel akhbar telah dikumpul dan dianalisa. Data kajian ini merangkumi 7 akhbar dari tujuh negara yang berbeza termasuk dua daripadanya adalah dari negara bukan Arab iaitu United Kingdom dan Australia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak perkataan dan frasa baru yang muncul dalam bahasa Arab standard moden
关键词:Bahasa Arab Standard Moden; akhbar Arab; ; perkataan dan frasa; perkataan pinjaman