首页    期刊浏览 2024年09月15日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kesignifikanan Model Kepuasan Komunikasi dalam Konteks Pengurusan Maklumat Sektor Awam
  • 本地全文:下载
  • 作者:Wan Idros Wan Sulaiman ; Maizatul Haizan Mahbob
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2014
  • 卷号:30
  • 期号:1
  • 页码:97-115
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Sektor awam penting dalam merancang, membentuk dan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi memperkukuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan negara. Justeru, kerajaan sentiasa melakukan pemantauan yang serius dengan pelbagai kaedah pengurusan maklumat terhadap bidang tugas kakitangan awam, hubungan komuniti dan dasar-dasar yang diperkenalkan supaya perancangan dan pelaksanaan dasar dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya membantu kerajaan mencapai matlamat yang diingini (Adler dan Elmhorst 2009, Blundel 2010). Objektif kajian adalah mengkaji hubungan di antara dimensi pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi seterusnya membina model komunikasi keorganisasian sektor awam. Kaedah kajian yang digunakan ialah Kaedah Survei yang melibatkan 420 kakitangan awam kumpulan sokongan sebagai responden kajian. Persampelan rawak mudah diaplikasikan dan soal selidik dijalankan dengan kaedah bersemuka dan mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A merangkumi soalan berdasarkan profil responden, Bahagian B memfokuskan kepada aspek-aspek utama Pengurusan Maklumat (Persekitaran Maklumat, Ketidakjelasan Maklumat dan Kitaran Komunikasi) dan Bahagian C memfokuskan kepada Kepuasan Komunikasi. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara ketiga-tiga faktor pembolehubah bebas dalam dimensi pengurusan maklumat iaitu persekitaran maklumat, ketidakjelasan maklumat dan kitaran komunikasi dengan tahap kepuasan komunikasi. Manakala, Analisis Faktor dan Analisis Regresi Linear Berbilang akan diaplikasikan untuk membina
  • 关键词:Pengurusan maklumat; persekitaran maklumat; ; ketidakjelasan maklumat; kepuasan komunikasi; kakitangan sektor ; awam.
国家哲学社会科学文献中心版权所有