首页    期刊浏览 2024年10月07日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Filem dan Revolusi Teknologi: Persepsi Penggunaan CGI dari Aspek Estetik & Kreativiti
  • 本地全文:下载
  • 作者:Hasrul Hashim ; Jamaluddin Aziz ; Faridah Ibrahim
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2014
  • 卷号:30
  • 期号:Special Issue
  • 页码:95-106
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Hambatan arus globalisasi dan ledakan teknologi terutamanya dalam aspek penghasilan filem di Malaysia telah menyebabkan berlakunya revolusi makna kreativiti yang sebenar dalam kebanyakan pembikin filem di negara ini. Kemunculan teknologi kesan khas seperti computer generated imagery atau CGI dalam industri perfileman telah mengubah landskap pembikinan filem di serata dunia sekaligus memberikan definisi yang lebih dinamik terhadap makna kualiti dan potensi filem tempatan. Namun, tidak semua pengamal industri perfileman menganggap penggunaan teknologi terutamanya dalam aspek kesan khas visual akan menjamin penghasilan produk filem yang benar-benar berkualiti serta mencabar kreativiti. Oleh yang demikian, kertas ini membincangkan berkenaan dengan pandangan dan pendapat para pengamal industri di Malaysia dan luar negara berkenaan dengan aspek penggunaan teknologi dalam pembikinan filem dan sejauhmanakah aspek ini mampu menjadikan sesebuah filem itu benar-benar berkualiti. Perbezaan sudut pandang terhadap nilai estetik sesebuah filem sebelum dan selepas kemunculan teknologi ini, turut menjadi asas utama terhadap dapatan kajian yang diperoleh.
  • 关键词:Filem; kreativiti; teknologi filem; estetik filem; ; Computer Generated Imagery (CGI)
国家哲学社会科学文献中心版权所有