首页    期刊浏览 2024年10月01日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kesan Drama Hibur-Didik dan Dokumentari dalam Mempengaruhi Niat untuk Menderma Organ: Satu Eksperimen Berteraskan Model Elaboration Likelihood
  • 本地全文:下载
  • 作者:Suraini Ghazali ; Hasrina Mustafa ; Bahiyah Omar
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2014
  • 卷号:30
  • 期号:2
  • 页码:1-20
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan drama hibur-didik dan dokumentari dalam mempengaruhi niat penonton untuk menderma organ dengan menilai proses pemujukan yang berlaku. Model Elaboration Likelihood yang dibangunkan oleh Petty dan Cacioppo (1986) digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen berbentuk pra, pasca dan susulan (selepas satu bulan). Seramai 164 orang peserta terlibat dalam kajian ini dan mereka dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menonton video berbentuk hibur didik dan kumpulan yang menonton video berbentuk dokumentari. Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah Kolerasi Pearson r, Partial Correlation, Multiple Regression dan One Way Repeated Measure ANOVA diikuti dengan Ujian Post-Hoc. Hasil kajian menyokong Model Elaboration Likelihood di mana proses pemujukan dalam kumpulan hibur didik adalah berbentuk peripheral (tidak dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas) manakala proses pemujukan dalam kumpulan dokumentari adalah berbentuk central (dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas). Kajian juga menunjukkan bahawa kumpulan dokumentari lebih terdorong untuk menderma organ berbanding kumpulan hibur didik. Ini secara tidak langsung menyangkal keberkesanan program hibur-didik dalam proses pemujukan
国家哲学社会科学文献中心版权所有