首页    期刊浏览 2025年05月26日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Strategi Komunikasi dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik
  • 本地全文:下载
  • 作者:Zulkifley Hamid ; Naidatul Zamrizam Abu ; Asyraf Zulkifley
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2015
  • 卷号:31
  • 期号:1
  • 页码:171-186
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Fokus utama kajian ini adalah untuk menganalisis strategi semasa berkomunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik. Temu bual dan soal selidik berbentuk Tugas Penyempurnaan Wacana merupakan kaedah yang telah dipilih untuk mengumpul data. Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru. 72 orang murid pelbagai etnik telah dipilih secara rawak sebagai pemaklum kajian. Skala Kesantunan Leech dipilih sebagai kerangka teori bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid Melayu menggunakan pelbagai kata ganti nama diri semasa berkomunikasi. Kata ganti nama 'aku – kau' dan 'saya – awak' paling kerap diguna oleh murid Melayu berbanding murid bukan Melayu semasa berkomunikasi. Murid bukan Melayu pula lebih selesa menggunakan 'saya – kamu' dalam proses komunikasi. Masalah penggunaan kata ganti nama wujud dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu, tetapi dalam situasi komunikasi yang berbeza-beza. Implikasi daripada kegagalan menggunakan kata ganti nama yang tepat semasa berkomunikasi boleh menggugat keharmonian dalam hubungan antara etnik. Pembelajaran kata ganti nama diri tidak seharusnya dilihat sebagai penguasaan dalam aspek bahasa sahaja, tetapi penegasan perlu diberikan dalam fungsi kata ganti nama diri sebagai satu strategi kesantunan semasa berkomunikasi
  • 关键词:Strategi komunikasi; komunikasi santun; tugas ; penyempurnaan wacana; kata ganti nama diri; kepelbagaian etnik
国家哲学社会科学文献中心版权所有