首页    期刊浏览 2025年06月01日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Strategi Wacana Komunikasi Teks Tengku Razaleigh Hamzah: Satu Analisis Kebahasaan
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rahim Aman ; Norfazila Ab. Hamid
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2015
  • 卷号:31
  • 期号:1
  • 页码:205-220
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Artikel ini membincangkan strategi wacana komunikasi teks ucapan Tengku Razaleigh Hamzah. Teks ucapan ini mengandungi 34 perenggan dan 101 ayat yang tentunya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kerangka teori yang mendasari kajian ini ialah analisis wacana kritis. Sehubungan itu, penulis turut menjelaskan satu proses kepimpinan yang tumpat di dalamnya iaitu praktis kepimpinan. Selain itu, aspek khusus yang dibincangkan ialah bagaimana pemimpin ini menggembeleng wacananya demi menarik perhatian daripada masyarakat terutama ahli parti yang terbabit. Pemantapan dalam berhujah akan dapat meyakinkan rakyat atau ahli yang dipimpin tentang kecekapan beliau dalam memimpin parti. Walaupun secara jelas ucapan ini diujarkan dalam satu majlis khusus, namun penulis beranggapan bahawa lebih wajar wacana ini dilabelkan sebagai wacana kepimpinan kerana ucapan yang dikumandangkan oleh pewacana lebih menjurus kepada wacana kepimpinan terutamanya bagi memantapkan kedudukan pewacana sebagi pemimpin parti. Kepimpinan dan bahasa adalah diibaratkan sebagai isi dan kuku dan tidak boleh dipisahkan. Ini disebabkan, jika sesorang pemimpin tidak tahu berbahasa, kemungkinan besar pucuk pimpinannya akan menjadi lemah. Hasil kajian telah membuktikan bahawa walaupun jelas ucapan yang dikumandangkan dalam majlis yang boleh dianggap majlis pengikat tali silaturrahim, tetapi isi ucapan teks tersebut
  • 关键词:Wacana; teori analisis kritis; wacana kepimpinan; ; Tengku Razaleigh ; Hamzah; UMNO
国家哲学社会科学文献中心版权所有