期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2015
卷号:31
期号:2
页码:169-182
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Azmah Nordin merupakan novelis yang kerap mengangkat pelbagai latar bidang dalam karyanya. Ia membawakan pertelingkahan (conflict) realiti manusia dalam bidang yang disertai termasuk perubatan, perundangan, keusahawanan dan perhotelan. Novel Menongkah Lumrah (DBP, 1996) membawakan pertelingkahan komunikasi dalam dunia keusahawanan digital sebuah syarikat iaitu Panglima Burhan Computer (PBC). Novel ini memenangi tempat pertama Hadiah Penulisan Novel Dewasa anjuran DBP Sabah (1992), Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97 dan Hadiah Sastera Sabah 1997. Seperti kebanyakan karya Azmah Nordin sebelumnya, novel ini masih akur dengan rumus "wanita yang ditampilkan, wanita yang dimenangkan." Maka makalah ini mahu melihat ketekalan rumus tersebut dalam penukangan novel Menongkah Lumrah. Keseriusan Azmah Nordin memerihalkan "wanita yang ditampilkan, wanita yang dimenangkan" adalah menerusi kerja intertextual apabila novel ini dikembangkan dari cerpen awalnya yang berjudul "Bercak" (Dewan Sastera, September 1991). Pengarang menggembleng lebih dalam dan rinci pertelingkahan konflik komunikasi dalam ruang naratif yang lebih lebar menerusi genre novel berbanding cerpen. Menariknya kali ini, Azmah Nordin memanfaatkan beberapa peralatan naratif seperti latar dan istilah yang berkaitan dengan teknologi maklumat khususnya isu virus dan anti-virus yang mewakili konflik komunikasi berkenaan. Begitu juga pertelingkahan watak yang terlibat secara langsung dalam bidang ini, turut terkait dari sisi emosi mereka dengan peralatan naratif teknologi maklumat yang