期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2015
卷号:31
期号:2
页码:183-194
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Makalah ini membincangkan kedudukan dan peranan kesusasteraan Melayu tradisional dalam konteks komunikasi massa. Selain itu, makalah ini juga bertujuan melihat bagaimana karya kesusasteraan Melayu tradisional menjadi medium penyampaian ilmu, pengajaran dan hiburan yang efektif kepada khalayaknya. Kajian ini menggunakan pendekatan konseptual iaitu cuba menganalisis bagaimana karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional berperanan sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada khalayaknya. Model Source-Message-Channel-Receiver (SMCR) yang diperkenalkan oleh Wilbur Schramm (1982) dijadikan sandaran untuk melihat fungsi kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wahana komunikasi massa
关键词:Kesusasteraan Melayu tradisional; komunikasi; ; massa; Schramm; model SCMR