期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2015
卷号:31
期号:2
页码:341-370
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Penyelidikan ini mengungkapkan berita atas talian dalam Kompas. com dan Utusan Online mengenai kecondongan berita, bentuk pembingkaian berita, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan bingkai berita isu sempadan daerah Camar Bulan dan Tanjung Datu. Analisis kandungan kualitatif berpandukan model Entman (1993) bingkai empat fungsi iaitu pendefinisian masalah, penyebab masalah, penilaian moral, dan penyelesaian masalah serta temu bual mendalam telah digunakan untuk mencapai tujuan kajian ini. Pada aspek analisis kandungan diperolehi dapatan yang berbeza iaitu Kompas.com bersifatkan dinamik, kontemporari, dan lebih kepada konsep kewartawanan perang berbanding kewartawanan damai dan neutral, manakala Utusan Online bersifatkan normatif, tradisional, dan berkonsep kewartawanan damai dan neutral berbanding perang. Pada proses pembingkaian, Kompas.com dan Utusan Online bersandarkan kepada nasionalisme sebagai elemen terpenting dalam membina bingkai berita persempadanan. Manakala faktor-faktor pengaruh, pembingkaian berita persempadanan oleh Kompas.com dan Utusan Online dipengaruhi oleh faktor dalaman yang merangkumi nilai berita, nasionalisme, pengamalan kewartawanan bermakna, penentuan agenda media, kawalan media kepada pemerintah, kepemilikan media, falsafah dan asas media, reaksi balik terhadap media luar, dan kefahaman individual wartawan. Faktor luaran merangkumi minat pembaca, sistem media, norma dan kaedah kewartawanan, sejarah Indonesia-Malaysia, komersialisasi, propaganda dan kumpulan berkepentingan, sentimen anti