期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2015
卷号:31
期号:2
页码:493-514
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia, tergolong dalam satu keluarga bahasa yang sama iaitu Austronesia. Namun, kesan pergolakan politik semasa penjajahan Inggeris-Belanda, sehinggalah selepas kemerdekaan kedua-dua buah negara, Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia Indonesia berkembang mengikut acuan masing-masing, sehingga wujud perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaan ini kadang-kala menimbulkan hambatan dalam komunikasi antara penutur kedua-dua bahasa. Dari segi wacana tulisan contohnya, penutur Bahasa Melayu di Malaysia dikatakan menghadapi kesukaran dalam memahami teks dalam Bahasa Indonesia. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia. Objektif utama penelitian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan aspek bahasa yang menjadi hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia. Untuk tujuan tersebut, analisis dilakukan ke atas teks berita daripada portal berita dalam talian Indonesia iaitu Tempo.Co. Teks berita dikutip daripada pelbagai ruangan yang disiarkan dalam Tempo.Co, antara Jun hingga Julai 2015. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat empat aspek perbezaan yang menjadi hambatan dalam memahami Bahasa Indonesia iaitu perbendaharaan kata, imbuhan, akronim dan kata pinjaman
关键词:Hambatan; Melayu; bahasa Melayu Malaysia; bahasa ; Indonesia; Tempo.Co