期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2015
卷号:31
期号:2
页码:547-568
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Pencetak Melayu merupakan golongan yang diberikan keistimewaan oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan segala urusan perolehan percetakan kerajaan termasuklah urusan penerbitan dan percetakan agensi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 2002, DBP melalui pengurusan lembaga pengarahnya telah bersetuju untuk menyerahkan Dawama Sdn Bhd iaitu anak syarikat DBP kepada sebuah syarikat swasta untuk diuruskan melalui penswastaan. Penswastaan (privatization) membawa maksud pemindahan perkhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru untuk dikendalikan oleh sektor swasta. Konsep ini amat berlainan dengan konsep pemilik negaraan (nationalization) yang bertujuan untuk menambahkan hak milik dan penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji dokumen-dokumen Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) yang menjadi wakil keseluruhan pencetak Melayu kepada pemimpin dan pentadbir tertinggi kerajaan bagi menyuarakan kebimbangan yang dihadapi oleh pencetak Melayu. Dokumen-dokumen yang dikaji ialah siri-siri memorandum dan surat terbitan PPPMM. Dokumen-dokumen ini akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengetahui tahap