期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2015
卷号:31
期号:2
页码:569-584
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kajian ini bertujuan untuk melihat pemaparan budaya Cina di dalam iklan tempatan, iaitu iklan Tahun Baru Cina Petronas. Pengkaji berminat untuk mengetahui elemen budaya yang diterapkan di dalam iklan tersebut di samping elemen-elemen budaya Melayu dan India yang mungkin dipaparkan di dalam iklan-iklan tersebut. Dari situ, pengkaji dapat membuat suatu andaian intelektual tentang tembusan budaya luar (jika ada) yang boleh dikaitkan dengan moderniti dan globalisasi, di dalam iklan yang melibatkan perayaan kaum tempatan Malaysia. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah analisis tekstual. Hasil kajian terhadap iklan ini mendapati bahawa walaupun iklan ini merupakan iklan Tahun Baru Cina namun masih terdapat pemaparan budaya lain selain budaya Cina di dalam iklan tersebut. Selain itu, di dapati cabaran globalisasi dan moderniti tidak mempengaruhi amalan budaya kaum Cina malahan mengukuhkan lagi keperluan untuk memaparkan budaya Cina di dalam iklan dengan lebih ekstensif dan mendalam.