期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2015
卷号:31
期号:2
页码:601-616
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Artikel ini ini membicarakan tentang bagaimana Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji dapat berfungsi sebagai saluran komunikasi terhadap khalayak. Perisian dalam gurindam yang sarat dengan moral merupakan satu kaedah bagaimana pengarangnya mengajukan gurindam sebagai medium komunikasi yang berkesan bagi menyampaikan mesej kepada khalayak. Perbincangan artikel ini menggunakan pendekatan moral untuk melihat bagaimana gurindam dapat memberi sumbangan kepada peradaban manusia, khususnya dalam hal yang berkaitan dengan pembinaan insaniah manusia. Hasil daripada kajian mendapati Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji begitu sarat sekali dengan persoalan-persoalan moral/ akhlak yang dapat membentuk pembinaan sahsiah sesuatu bangsa. Tangggungjawab ibu bapa terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap orang tuanya, adab berbicaradan menjauhi sikap buruk sangka adalah antara perisian yang terdapat dalam gurindam yang boleh menjadi medium berkesan sebagai alat komunikasi moral dalam kehidupan sehari-hari
关键词:Gurindam; komunikasi moral; pembinaan insan; ; moral/akhlak; medium komunikasi