首页    期刊浏览 2024年11月08日 星期五
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Komunikasi Bahasa Melayu-Jawa Dalam Media Sosial
  • 本地全文:下载
  • 作者:Karim Harun ; Maslida Yusof
  • 期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
  • 印刷版ISSN:2289-151X
  • 电子版ISSN:2289-1528
  • 出版年度:2015
  • 卷号:31
  • 期号:2
  • 页码:617-629
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Di Malaysia, masih terdapat masyarakat Jawa yang menggunakan bahasa Jawa dalam pertuturan seharian. Ragam bahasa yang lazim digunakan ialah ragam Jawa ngoko (bahasa kasar). Walaupun bahasa Jawa masih dituturkan, namun penggunaannya semakin berkurangan. Salah satu faktor penggunaan bahasa Jawa yang semakin berkurang ini adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah mempengaruhi masyarakat Jawa untuk beralih menggunakan bahasa Melayu. Kebanyakan orang Jawa daripada generasi ketiga sudah tidak menggunakan bahasa Jawa dalam interaksi lisan mereka tetapi memilih menggunakan bahasa Melayu. Kemunculan media sosial telah mewujudkan wadah baru dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat Jawa daripada generasi ketiga. Dengan wujudnya media baru ini, maka proses komunikasi mereka juga turut berubah. Penggunaan aplikasi sosial seperti WhatsApp telah mengubah lanskap komunikasi dengan memberi ruang yang luas kepada bahasa ibunda mereka (bahasa Jawa) untuk berkembang. Kajian ini mendapati penggunaan bahasa Jawa ini digunakan sepenuhnya dalam sesuatu perbualan dan kadang kala diselangselikan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial. Penguasaan kedua-dua bahasa yang baik dalam penutur bahasa Jawa menjadikannya lebih mudah untuk kedua- dua bahasa ditukar kod, iaitu daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu dan bahasa Melayu kepada bahasa Jawa. Di samping itu, terdapat juga penukaran kod daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dan juga Arab. Justeru dengan adanya penggunaan media social dan aplikasi sebagai medium berkomunikasi seperti
  • 关键词:penukaran kod; bahasa ibunda; multilingual; ; pendidikan; identiti
国家哲学社会科学文献中心版权所有