首页    期刊浏览 2024年10月06日 星期日
登录注册

文章基本信息

  • 标题:KESEDIAAN DIRI ANGGOTA MASYARAKAT DARIPADA PERSPEKTIF PSIKOLOGI BERKAITAN BENCANA BANJIR DI DAERAH SEGAMAT
  • 本地全文:下载
  • 作者:Tuan Pah Rokiah Syed Hussain ; Baharum Mohamed ; Hamidi Ismail
  • 期刊名称:Journal of Techno-Social
  • 印刷版ISSN:2229-8940
  • 出版年度:2015
  • 卷号:7
  • 期号:2
  • 语种:English
  • 出版社:Penerbit UTHM
  • 摘要:Peningkatan intensiti dan kekerapan bencana banjir kebelakangan ini di daerah Segamat menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang signifikan berkaitan dengan tahap kesediaan diri dalam kalangan masyarakat menghadapi bencana banjir. Objektif utama kajian adalah meneliti pengaruh diri masyarakat terhadap aspek kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor dalam menghadapi bencana banjir. Seramai 1100 orang sampel masyarakat mewakili 11 mukim terlibat. Hasil kajian mendapati sebahagian besar mukim yang kerap dilanda banjir, menunjukkan hubungan signifikan dengan aspek kesediaan dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Kewujudan pelbagai tahap kesediaan ini bergantung kepada kekerapan kejadian bencana banjir yang berlaku di kawasan mereka. Perkara ini dibuktikan apabila mukim Chaah, Labis dan Pogoh yang tidak menunjukkan sebarang hubungan signifikan antara pemboleh ubah diri masyarakat dengan kesediaan dan menerima hipotesis null kerana kesemua mukim ini jarang dilanda banjir disebabkan topografi yang agak tinggi berbanding mukim lain di daerah Segamat. Hasil kajian ini penting kerana memberi impak terhadap keperluan penambahbaikan rangka kerja bersama dari aspek psikologi dalam Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara sedia ada agar sistem pengurusan bencana banjir masa kini menjadi lebih baik.
  • 其他摘要:Peningkatan intensiti dan kekerapan bencana banjir kebelakangan ini di daerah Segamat menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang signifikan berkaitan dengan tahap kesediaan diri dalam kalangan masyarakat menghadapi bencana banjir. Objektif utama kajian adalah meneliti pengaruh diri masyarakat terhadap aspek kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor dalam menghadapi bencana banjir. Seramai 1100 orang sampel masyarakat mewakili 11 mukim terlibat. Hasil kajian mendapati sebahagian besar mukim yang kerap dilanda banjir, menunjukkan hubungan signifikan dengan aspek kesediaan dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Kewujudan pelbagai tahap kesediaan ini bergantung kepada kekerapan kejadian bencana banjir yang berlaku di kawasan mereka. Perkara ini dibuktikan apabila mukim Chaah, Labis dan Pogoh yang tidak menunjukkan sebarang hubungan signifikan antara pemboleh ubah diri masyarakat dengan kesediaan dan menerima hipotesis null kerana kesemua mukim ini jarang dilanda banjir disebabkan topografi yang agak tinggi berbanding mukim lain di daerah Segamat. Hasil kajian ini penting kerana memberi impak terhadap keperluan penambahbaikan rangka kerja bersama dari aspek psikologi dalam Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara sedia ada agar sistem pengurusan bencana banjir masa kini menjadi lebih baik.
  • 关键词:Bencana Banjir; Kehilangan Nyawa; Kerosakan Harta; Kesediaan Diri
国家哲学社会科学文献中心版权所有