首页    期刊浏览 2024年07月06日 星期六
登录注册

文章基本信息

  • 标题:TAHAP PENYERTAAN AHLI PERGERAKAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK) DALAM AKTIVITI PEMBANGUNAN KOMUNITI DI JOHOR
  • 本地全文:下载
  • 作者:Fauziah Ani ; Asnarulkhadi Abu Samah ; Ma’rof Redzuan
  • 期刊名称:Journal of Techno-Social
  • 印刷版ISSN:2229-8940
  • 出版年度:2015
  • 卷号:7
  • 期号:2
  • 语种:English
  • 出版社:Penerbit UTHM
  • 摘要:Penyertaan komuniti merupakan pendekatan bawah-atas yang efektif dalam menangani masalah kemiskinan dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Sebagai medium pendayaupayaan, penyertaan memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Melalui penyertaan tersebut, ahli komuniti diberi ruang membentuk perubahan yang diinginkan, membina kapasiti atau kemampuan, serta mempertingkatkan potensi diri. Oleh itu, pengkaji ingin meninjau sejauh mana penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan PWPK di Johor bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan ke tahap yang lebih baik. Penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut dikaji berdasarkan penyertaan dalam pembuatan keputusan, perlaksanaan dan penerimaan faedah. Seramai 366 ahli daripada 60 buah PWPK telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan kelompok pelbagai peringkat (cluster multistage sampling) sebagai responden kajian. Maklumat kajian di kumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyertaan ahli PWPK dalam aktiviti pembangunan bagi ketiga-tiga peringkat terletak pada tahap sederhana. Justeru itu bagi memastikan PWPK digunakan sepenuhnya sebagai medium pendayaupayaan, maka strategi berkesan diperlukan bagi mempertingkatkan penyertaan mereka pada setiap peringkat.
  • 其他摘要:Penyertaan komuniti merupakan pendekatan bawah-atas yang efektif dalam menangani masalah kemiskinan dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Sebagai medium pendayaupayaan, penyertaan memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Melalui penyertaan tersebut, ahli komuniti diberi ruang membentuk perubahan yang diinginkan, membina kapasiti atau kemampuan, serta mempertingkatkan potensi diri. Oleh itu, pengkaji ingin meninjau sejauh mana penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan PWPK di Johor bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan ke tahap yang lebih baik. Penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut dikaji berdasarkan penyertaan dalam pembuatan keputusan, perlaksanaan dan penerimaan faedah. Seramai 366 ahli daripada 60 buah PWPK telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan kelompok pelbagai peringkat (cluster multistage sampling) sebagai responden kajian. Maklumat kajian di kumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap penyertaan ahli PWPK dalam aktiviti pembangunan bagi ketiga-tiga peringkat terletak pada tahap sederhana. Justeru itu bagi memastikan PWPK digunakan sepenuhnya sebagai medium pendayaupayaan, maka strategi berkesan diperlukan bagi mempertingkatkan penyertaan mereka pada setiap peringkat.
  • 关键词:penyertaan; pendayaupayaan; pembangunan komuniti
国家哲学社会科学文献中心版权所有