首页    期刊浏览 2024年11月27日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Masalah Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia
  • 本地全文:下载
  • 作者:Dr Rusnadewi Abdul Rashid ; Prof Madya, Dr Noor Inayah Yaakub
  • 期刊名称:Jurnal Intelek
  • 印刷版ISSN:1675-9885
  • 电子版ISSN:2231-7716
  • 出版年度:2015
  • 卷号:5
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Teknologi MARA
  • 摘要:Kelewatan serta kegagalan permohonan bagi menyelesaikan pembahagian harta pusaka bukanlah satu fenomena terpencil dalam masyarakat kita. Faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah berikutan daripada sikap pewaris serta proses pentadbiran harta pusaka di negara ini. Risiko kepada kegagalan penyelesaian harta pusaka yang dikemukakan ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai implikasi buruk dari sudut undang-undang, ekonomi, agama dan sosial. Meneliti beberapa kesan negatif yang bakal dihadapi natijah daripada kegagalan dan kelewatan pembahagian harta pusaka selepas kematian, adalah perlu kepada masyarakat untuk mengatur perancangan awal bagi menguruskan harta. Walau bagaimanapun, hasil penelitian menunjukkan masyarakat di negara ini kurang mempunyai kecenderungan untuk membuat perancangan pengagihan harta secara teliti terutamanya dalam membuat perancangan awal. Kesan daripada itu, mereka telah bergantung sepenuhnya kepada sistem pewarisan harta selepas kematian iaitu pembahagian secara farāid. Oleh yang demikian, persepsi masyarakat yang berpandangan bahawa perancangan awal pengagihan harta tidak diperlukan sama sekali memandangkan harta boleh diagihkan melalui sistem farāid sewajarnya dikikis. Sebaliknya, perancangan pengagihan harta semasa hidup seperti pemberian melalui hibah dan wasiat perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan masalah tersebut kerana ia jelas merugikan masyarakat Islam.
国家哲学社会科学文献中心版权所有