首页    期刊浏览 2025年02月20日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Faktor-Faktor Penentu Kepuasan Perumahan Yang Memberi Kesan Terhadap Gelagat Pembayaran Caj Perkhidmatan Bagi Perumahan Bertingkat
  • 本地全文:下载
  • 作者:Rohaya Ghani ; Mastura Jaffar ; Mohd Yahaya Mohd Daud
  • 期刊名称:Jurnal Intelek
  • 印刷版ISSN:1675-9885
  • 电子版ISSN:2231-7716
  • 出版年度:2014
  • 卷号:9
  • 期号:1
  • 出版社:Universiti Teknologi MARA
  • 摘要:Perumahan bertingkat merupakan perumahan yang diminati oleh segolongan masyarakat. Ia digemari kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan contohnya parkir, taman permainan, kawalan keselamatan, kolam renang, pintu keluar masuk yang dikawal oleh pengawal keselamatan. Badan pengurusan merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menjaga keseluruhan bangunan dan justeru itu pemilik petak perlu membayar caj perkhidmatan agar dapat menanggung kos pengurusan. Kepuasan perumahan mempengaruhi gelagat pembayaran caj perkhidmatan. Apabila penghuni tidak berpuas hati maka penghuni enggan dan begitu sebaliknya. Justeru itu, objektif kertas kerja ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu kepuasan perumahan yang memberi kesan terhadap gelagat pembayaran caj perkhidmatan. Hasil tinjauan melalui sorotan literatur mendapati terdapat tujuh faktor yang dimaksudkan iaitu kebersihan, penyenggaraan, staf pengurusan, pejabat pengurusan, perhubungan sosial dan interaksi, keselamatan dan keamanan dan utiliti. Penemuan ini dapat digunakan untuk kajian selanjutnya bagi menentukan faktor-faktor penentu gelagat pembayaran caj perkhidmatan demi kesejahteraan dan kualiti hidup penghuni perumahan bertingkat.
国家哲学社会科学文献中心版权所有