首页    期刊浏览 2024年09月18日 星期三
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Kajian Potensi Sistem Maklumat Geografi sebagai Mekanisma Memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Geografi di Sekolah Menengah Rendah
  • 本地全文:下载
  • 作者:Zakaria Mat Arof ; Ashraf Abdullah ; Rosmadi Fauzi
  • 期刊名称:Jurnal Intelek
  • 印刷版ISSN:1675-9885
  • 电子版ISSN:2231-7716
  • 出版年度:2014
  • 卷号:8
  • 期号:2
  • 出版社:Universiti Teknologi MARA
  • 摘要:Geografi ialah suatu bidang kajian yang berkaitan dengan bumi dan ciri-cirinya. Guru-guru di sekolah telah menggunakan kreativiti tersendiri dalam membina kemahiran terbaik bagi menjelas dan memahamkan elemen-elemen ruangan dalam Geografi serta perkaitan diantaranya dalam memperlihatkan corak-corak pergolakan kehidupan. Kemahiran ini amat diperlukan dalam menganalisis corak-corak ini memandangkan ianya adalah asas yang diperlukan dalam membuat keputusan. Kekangan dalam menyediakan mekanisma yang baik bagi membina kemahiran tinggi dalam memproses data atribut dan ruangan Geografi yang ternyata banyak dan komplek, telah menyebabkan pengajaran subjek Geografi menjadi sukar untuk dikupas oleh guru-guru. Perkembangan teknologi khususnya ICT (Information, Communication and Technology) telah membuka lembaran baru dalam membolehkan ilmu-ilmu geografi dikuasai dengan lebih baik. Dalam kertas kerja ini adalah dipamerkan penggabungan teknologi ini dan GIS (Geography Information System) dalam membangunkan mekanisma yang dinamakan Smart_Geog bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran subjek Geografi di sekolah-sekolah. GIS adalah merupakan satu-satunya sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berupaya untuk mengutip, memproses dan mengolah data-data berunsur ruangan yang banyak terdapat dalam ilmu Geografi. Metodologi kajian dan konseptual pembangunan Smart_Geog diperlihatkan dalam kertas ini dan analisis keboleh-upayaannya turut dibincangkan. Majoriti responden dalam kumpulan fokus yang dikaji telah bersetuju dengan cadangan ini. Adalah diharapkan Smart_Geog ini dapat berfungsi sewajarnya dalam melahirkan momentum baru terhadap kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah-sekolah Malaysia.
国家哲学社会科学文献中心版权所有