期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2016
卷号:32
期号:1
页码:455-467
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Sempadan antara negara merupakan kawasan penting kepada dua belah negara. Pada masa kini, ianya menjadi lebih penting sebagai pusat pertemuan komuniti, zon untuk kerjasama dua hala dan laluan keluar masuk pelbagai aktiviti halal dan haram. Lantas, komuniti di kawasan sempadan antara negara lazimnya mempunyai dan menjalin hubungan lebih kerap dan rapat antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berkongsi persamaan dari segi keturunan, bahasa, dan budaya. Faktor kedekatan juga mempengaruhi hubungan rapat yang terjalin di samping wujudnya prasarana sistem komunikasi yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan kedua buah negara. Kawasan penempatan komuniti di sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia terletak jauh dari ibu negeri atau bandar besar kedua buah negara dan ini juga menyebabkan hubungan penduduk itu lebih dekat sesama mereka. Makalah ini membentangkan isu hubungan komuniti di kawasan penempatan penduduk di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat berdasarkan data kajian lapangan yang telah dijalankan. Kajian ini menggunakan pemerhatian di lapangan dan tinjauan melalui soalselidik untuk melihat pola hubungan ethnik di tiga kawasan penempatan penduduk iaitu Kampung Mongkos, Lubuk Antu, Ba'kelalan dan Telok Melano di Sarawak. Dapatan kajian mendapati penduduk di kawasan kajian mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain hasil daripada pertalian darah dan sosial yang telah lama terjalin. Hubungan yang rapat ini diperkukuhkan
关键词:Pembangunan komuniti; komuniti sempadan; sistem komunikasi; ; hubungan komuniti; komunikasi manusia