期刊名称:Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication
印刷版ISSN:2289-151X
电子版ISSN:2289-1528
出版年度:2016
卷号:32
期号:1
页码:581-606
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kajian ini ingin memahami cabaran, peluang serta isu yang dihadapi oleh warga emas dalam persekitaran jaringan komunikasi digital masa kini. Melalui kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta bersama warga emas di kawasan Lembah Klang, pengkaji meneroka pandangan dan pengalaman warga emas di kawasan bandar dalam mengharungi persekitaran sosial yang kini sarat dengan teknologi digital. Dapatan kajian merungkai limitasi dan halangan penggunaan teknologi serta ransangan pengadaptasian terhadap teknologi digital bagi tujuan media dan komunikasi. Kurangnya aktiviti pencarian informasi, ketidakperluan fungsi serta ketidakpercayaan dan kekeliruan persepsi merupakan antara isu yang membawa kepada berlakunya penglimitasian dan halangan penggunaan. Manakala, bagi galakan individu dan persekitaran, motivasi dan inisiatif diri serta kekerapan keterdedahan teknologi antara aspek yang memberi ransangan kepada warga emas supaya berusaha menyesuaikan
关键词:Warga emas; persekitaran jaringan komunikasi digital; peranti teknologi ; komunikasi; adaptasi teknologi