期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2016
卷号:12
期号:5
页码:130-135
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Tahap pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau dalam kalangan masyarakat bandar didapati masih rendah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengko mersilannya dalam kalangan masyarakat kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah pungutan data bagi kaji selidik adalah secara mel elektronik dengan hanya penduduk kawasan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai responden. Jumlah sampel yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 391 orang daripada kawasan bandaraya ini dan teknik analisis utama digunakan adalah deskriptif melibatkan nilai peratusan dan min. Kajian mendapati bahawa tahap pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau berada pada tahap sederhana iaitu setinggi 59.83 peratus (hasil gabungan Skala Likert 4 dan 5) dengan nilai min setinggi 3.61. Hasil kajian didapati berbeza dengan penyataan masalah yang menyatakan bahawa tahap pengkomersilan adalah masih rendah. Implikasi kajian adalah memerlukan penambahbaikan terhadap Dasar Teknologi Hijau Negara sedia ada dalam konteks galakan dan insentif pemasaran kerana dasar tersebut dilihat masih gagal menyatakan hala tuju sebenar dalam konteks pengkomersilan produk elektrik berteknologi hijau negara.
其他摘要:Commercialization level of green-tech electrical products among urban communities in several parts of the world is still low. This stud y sought to to assess the level of commercialization in the community area of Kuala Lump ur City. Primary data were gathered from a survey via electronic mails involving with 391 residents of Kuala Lumpur City area and the main analytical technique used was descriptive statistics. The findings revealed that the commercialization level of green-tech electrical products was at a moderate level of 59.8 percent (the combined results of the Likert Scale 4 and 5) with a mean value of 3.61. This was in contrast to the conventional observation asserting that the commercialization was still low. The implication of the stud y is the need for further improvements of the existing National Green Technology Policy in the context of marketing stimulation and incentives for the policy is still seen as failing to state the real direction for the national commercialization of green-tech electrical products.
关键词:Dasar Teknologi Hijau; ko nsumer bandar; kualiti alam sekitar; pengkomersilan produk; produk ; elektrik; teknologi hijau
其他关键词:commercialization of products; electrical products; environmental quality; green technology; Green ; Technology Policy; urban consumers