期刊名称:Geografia : Malaysian Journal of Society and Space
电子版ISSN:2180-2491
出版年度:2016
卷号:12
期号:9
页码:150-160
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Dalam menempuh alam remaja, pelbagai ekspresi ditunjukkan dalam kehidupan mereka. Ekspresi positif yang ditunjukkan dapat membina jati diri dan ekspresi negatif membawa remaja kepada penyesalan. Ekspresi positif dan negatif juga mencerminkan didikan daripada keluarga. K ajian ini yang pertama bertujuan untuk mengenalpasti jenis emosi dan ked ua pengurusan emo si remaja mengikut gender dikalangan remaja yang mengalami krisis keluarga bercerai. Kajian gender dan emosi ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu b ual mendalam untuk melihat jenis emosi yang dirasai disebabkan oleh faktor pencetus dan pengurusan emosi dengan melihat faktor budaya. Emosi yang dirasai remaja dilihat dari sudut emosi positif dan negatif. Seramai sepuluh orang pelajar menjadi informan dalam kajian ini iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Hasil kajian secara keseluruhan mendapati remaja perempuan lebih terdorong dengan emosi positif seperti emosi sayang. Manakala informan lelaki lebih terdorong dengan emosi negatif iaitu benci dan marah. Selain itu, emosi sedih dan malu lebih tertumpu kepada remaja perempuan berbanding lelaki. Secara amnya, informan dalam kajian ini menguruskan emosi dengan mendapatkan bantuan dari ibu, rakan -rakan dan kaunselor.
其他摘要:Numerous emotions are expressed during a teenager's life. The positive ones could help in developing his or her integrity while the negative ones co uld lead them into remorse. These contrasting emotional expressions also reflect on the kind of nurturing gained from their family. This study examined identify types of emotions that teenagers of divorced parents expressed, and the way they managed their emotions according to gender. The study employed a qualitative approach comprising in-depth interviews with five female and five male informants to identify the the negative and positive types of emotio nal feelings triggered by their situations and how these emotions were managed from a cultural perspective. The findings revealed that the females were more driven by positive emotions while the males leaned more towards negative emotions. Females also sho wed a tendency for dejected and taken- aback emotions compared to males. Generally the informants managed their emotions by seeking comfort fro m their mother, peers and co unsellors.
关键词:ekspresi emosi; ibu bapa bercerai; jenis emosi; kaedah kualitatif; pengurusan emo si; remaja