首页    期刊浏览 2024年11月26日 星期二
登录注册

文章基本信息

  • 标题:Punk dan Budaya Penentangan: Kajian Kes Rumah Api, Kuala Lumpur
  • 本地全文:下载
  • 作者:Sharifah Nursyahidah Syed Annuar ; Muhamad Takiyuddin Ismail ; Muhammad Febriansyah
  • 期刊名称:Kajian Malaysia
  • 印刷版ISSN:0127-4082
  • 电子版ISSN:2180-4273
  • 出版年度:2016
  • 卷号:34
  • 期号:1
  • 页码:107-133
  • 出版社:Universiti Sains Malaysia
  • 摘要:Sub-budaya punk berakar dari muzik alternatif dan fesyen tetapi ia mempunyai tradisi kuat dengan politik anti-establishment dan penentangan terhadap sistem kapitalis yang dominan. Justeru, kebanyakan negara khususnya Malaysia memandang budaya punk sebagai negatif kerana ia disifatkan sebagai satu bentuk penyimpangan moral. Artikel ini bertujuan untuk mengimbangi pandangan-pandangan itu dengan menghubungkan punk dengan tindakan politik yang positif. Artikel ini memfokuskan kepada Rumah Api iaitu tempat perkumpulan utama bagi komuniti punk di Kuala Lumpur, dan juga dikenali dengan baik oleh sebahagian besar komuniti punk di Malaysia dan di negara-negara lain. Sebagai simbolik sub-budaya, ketidakakuran budaya dan budaya penentangan, Rumah Api boleh difahami sebagai ekspresi terhadap autoriti dan kapitalisme. Peranannya sebagai simbol budaya penentangan juga berfungsi sebagai kaedah untuk membina identiti individu dan kolektif. Dalam hal ini, penelitian tentang Rumah Api dapat memberikan pemahaman lanjut tidak hanya kepada bagaimana sub-budaya punk memperkasakan seseorang secara peribadi, bahkan bagaimana ia memiliki kaitan dengan konteks politik, ekonomi dan sosial yang mendasari masyarakat. Tindakan atau aksi politik Rumah Api dilihat dipengaruhi oleh prinsip "do-it-yourself" (DIY), anarkisme dan kebebasan. Namun komuniti Rumah Api menghalakan kegiatan mereka kepada kempen sosiopolitik yang positif dan bukannya aktiviti yang subversif dari sudut moral. Hal ini boleh dilihat menerusi aktiviti-aktiviti Really, Really Free Market, Food Not Bombs, Kempen Penentangan Terhadap Projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), "Lepak Anarki" dan Federasi ANTARA, bengkel, pameran dan diskusi. Malah, konsert kecil-kecilan atau gig diadakan untuk mendokong isu-isu semasa. Mutakhir ini, mereka juga semakin aktif mengikuti protes dan demonstrasi jalanan tertentu sehingga mendapat perhatian khusus dari pihak berkuasa. Justeru, artikel ini mengesyorkan bahawa RumahApi merupakan contoh terbaik mengenai aktiviti komuniti punk yang merentasi muzik dan fesyen
  • 关键词:punk; Rumah Api; sub-budaya; keakuran; budaya penentangan
国家哲学社会科学文献中心版权所有