标题:Penglibatan Sosial dan Pembudayaan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Tidak Formal dalam Kalangan Penduduk Bandar Putrajaya Social Participation and Values Culturalisation through Non-Formal Learning among Urban Residents of Putrajaya
摘要:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan sosial, pembudayaan nilai melalui pembelajaran tidak formal dan amalan nilai murni dalam kalangan penduduk di bandar raya pintar Putrajaya, Malaysia. Seramai 414 orang penduduk bandar raya pintar Putrajaya telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik berdasarkan Teori Pembelajaran Tidak Formal Orang Dewasa dan adaptasi soal selidik yang berkaitan dengan nilai komuniti bandar. Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dilakukan. Kajian rintis ini melibatkan 30 orang penduduk bandar raya pintar Putrajaya dan hasil nilai alfa Cronbach menunjukkan setiap item yang digunakan bagi mengukur konstruk yang dikaji mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan sosial dalam kalangan penduduk bandar raya pintar Putrajaya berada pada tahap rendah serta pembudayaan nilai melalui pembelajaran tidak formal dan amalan nilai murni berada pada tahap sederhana. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penglibatan sosial penduduk bandar raya pintar Putrajaya berdasarkan jantina. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantinaterhadap pembudayaan nilai melalui pembelajaran tidak formal dan amalan nilai murni. Namun, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penglibatan sosial, pembudayaan nilai melalui pembelajaran tidak formal dan amalan nilai murni berdasarkan taraf pendidikan. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat sumbangan yang signifikan antara penglibatan sosial dan pembudayaan nilai melalui pembelajaran tidak formal terhadap amalan nilai murni dalam kalangan penduduk bandar raya pintar di Putrajaya. Implikasi kajian ini mendapati bahawa pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha, program dan aktiviti dalam meningkatkan nilai dalam komuniti bandar
关键词:penglibatan sosial; pembelajaran tidak formal; amalan nilai murni; pembandaran; kejiranan