首页    期刊浏览 2025年02月20日 星期四
登录注册

文章基本信息

  • 标题:PERKAITAN ANTARA PENGURUSAN MASA DAN STRES DALAM KALANGAN PELAJAR SISWAZAH DI IPTA
  • 本地全文:下载
  • 作者:Norzaini Azman
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2013
  • 卷号:5
  • 期号:1
  • 页码:34-49
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Pengurusan masa dan pengurusan stres yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar siswazah kerana ianya dapat membantu pelajar mencapai kejayaan semasa menyambung pengajian di universiti. Secara umumnya, kertas ini bertujuan untuk melaporkan tahap pengurusan masa dan stres dalam kalangan 301 pelajar siswazah yang sedang mengikuti pengajian Sarjana di Fakulti Pendidikan di dua buah institusi pengajian tinggi awam. Data dikumpul menggunakan dua jenis soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan menggunakan ujian-t, regresi dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap pengurusan masa dan stres responden kajian adalah pada tahap sederhana. Hasil ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap pengurusan masa berdasarkan jantina. Pengurusan masa walau bagaimanapun tidak berbeza secara signifikan dengan kedua-dua pemboleh ubah bebas iaitu status perkahwinan dan mod pengajian. Namun, analisis kajian mendapati perbezaan yang signifikan di antara tahap stres dan status perkahwinan tetapi tidak dengan faktor jantina dan mod pengajian. Kajian ini juga mendapati hubungan yang signifikan antara tahap pengurusan masa dengan tahap stres pelajar. Kajian ini mencadangkan agar penekanan terhadap kemahiran pengurusan masa dan pengurusan stres dalam pembelajaran di universiti di bina agar dapat melahirkan modal insan yang profesional dan berkemahiran tinggi. Kata kunci: pengurusan masa, pelajar siswazah, pendidikan tinggi, stres
国家哲学社会科学文献中心版权所有