期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
电子版ISSN:1985-5826
出版年度:2012
卷号:4
期号:2
页码:91-92
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kewujudan Internet secara tidak langsung telah terbukti dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, permasalahannya ialah pelajar akan ‘mengitar’ semula maklumat yang telah dikumpul tanpa memberi penghargaan yang sewajarnya kepada bahan rujukan daripada Internet. Fenomena ini telah menyumbang kepada peningkatan kes plagiarisma di dalam bidang akademik (Braumoeller & Gaines, 2001; Culwin & Lancaster, 2009). Untuk memerangi plagiarisma, terdapat beberapa buah universiti dari seluruh dunia yang telah berusaha untuk mengendalikan kelas penulisan akademik dan mewajibkan mereka yang bukan penutur asli bahasa Inggeris untuk mendaftar, menghadiri dan akhirnya, lulus kursus tersebut. Berdasarkan kepada kenyataan ini, objektif utama kajian adalah, pertamanya, untuk mengenalpasti bentuk-bentuk plagiarisma, kedua, untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang lebih efektif dan ketiga, untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai budaya plagiarisma ini