期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
电子版ISSN:1985-5826
出版年度:2011
卷号:3
期号:2
页码:12-24
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) terpilih pada semester 2, tahun 2008. Kumpulan pelajar yang terpilih adalah terdiri daripada kelompok pelajar yang pernah mendapat pengalaman bekerja di industri dan juga mereka yang telah menjalani latihan industri yang diwajibkan oleh institusi masing-masing. Persepsi pelajar adalah merangkumi pelbagai aspek seperti persepsi dari sudut teknikal, Persepsi umum, tahap kepentingan dan kepuasan dalam pembelajaran bidang kejuruteraan serta penilaian keseluruhan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran yang diikuti. Keputusan yang diperoleh direkodkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Excel. Secara keseluruhan, tahap kepuasan pelajar adalah masih sederhana dalam aspek pembelajaran bidang kejuruteraan di IPT. Walau bagaimanapun, min tahap kepuasan pelajar yang tinggi terhadap pengalaman pensyarah tidak memadai dalam memuaskan hati pelajar dari segi perlaksanaan kuliah dan kelas praktikal. Oleh itu, beberapa aspek lain seperti infrastruktur diselenggara dengan baik, maklumat komputer yang lengkap dan mesra pengguna serta peralatan makmal dan bengkel yang lengkap juga harus diambil kira dalam proses penambahbaikan program-program yang ditawarkan. Kata kunci : persepsi pelajar, analisis jurang, analisis kepentingan-prestasi