期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
电子版ISSN:1985-5826
出版年度:2011
卷号:3
期号:1
页码:11-27
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Kebelakangan ini wujud pelbagai kritikan dan desakan agar pelaksanaan program pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia dinilai semula. Hal ini didorong oleh timbulnya beberapa isu seperti kos penganjuran yang tinggi, insiden kemalangan, perubahan sistem pendidikan yang berfokuskan peperiksaan, dan kesesuaian pendekatan pembelajaran yang menghimpit pelaksanaan pendidikan luar di Malaysia. Secara tidak langsung, faktor-faktor ini telah mendatangkan pelbagai kesan sehingga mendorong kepada penamatan beberapa program pendidikan luar yang telah sedia terlaksana. Sehubungan itu, artikel ini akan mengupas senario dan isu semasa pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Seterusnya penulis akan membandingkan isu ini dengan sumbangan yang telah dimainkan oleh pendidikan luar. Akhirnya, perbincangan ini dirumuskan dengan pelbagai fakta dan sokongan kajian dalam bidang pendidikan luar yang terkini. Kata kunci: pendidikan luar, sistem pendidikan tinggi, pembelajaran melalui pengalaman