期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
电子版ISSN:1985-5826
出版年度:2010
卷号:2
期号:2
页码:21-32
出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
摘要:Sikap negatif terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) dikenal pasti sebagai suatu halangan kepada mereka untuk mengambil bahagian secara penuh di dalam masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahun pelajar IPTA tentang OKU, dan menyelidiki persepsi dan sikap pelajar IPTA terhadap rakan sebaya yang mempunyai kekurang upayaan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif dan data diperolehi melalui borang soal selidik. Responden bagi kajian ini dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis dan terdiri daripada 120 orang pelajar dari 12 fakulti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden tentang OKU berada pada tahap sederhana. Dapatan turut memperlihatkan bahawa pandangan dan sikap responden terhadap OKU adalah sederhana positif. Menerusi dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa, tahap pengetahuan yang tinggi mengenai OKU boleh membentuk persepsi dan sikap yang positif dalam kalangan mahasiswa/i IPTA terhadap rakan pelajar OKU. Implikasi kajian serta cadangan untuk kajian lanjutan juga dikemukakan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input dan manfaat agar kesedaran tentang OKU dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjamin penerimaan golongan tersebut dalam kalangan masyarakat kampus. Kata kunci: Orang Kurang Upaya, institut pengajian tinggi, pengetahuan dan sikap