首页    期刊浏览 2025年02月17日 星期一
登录注册

文章基本信息

  • 标题:PENGGUNAAN MATLAB SIMULINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENUKAR KUASA MOD PENSUISAN (PKMP) UNTUK PELAJAR PRA - SISWAZAH
  • 本地全文:下载
  • 作者:Yushaizad Yusof
  • 期刊名称:ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education
  • 电子版ISSN:1985-5826
  • 出版年度:2010
  • 卷号:2
  • 期号:1
  • 页码:41-51
  • 出版社:Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 摘要:Elektronik kuasa telah dijadikan kursus asas jabatan untuk para pelajar pra-siswazah program kejuruteraan elektrik dan elektronik di UKM. Untuk membantu para pelajar memahami kursus ini dengan lebih mudah, pantas dan berkesan; proses pembelajaran dan pengajaran berasaskan sistem pemodelan dan penyelakuan komputer diperkenalkan. Pendekatan ini adalah alternatif kepada latihan amali di makmal yang berkos tinggi. Kertas kerja ini membincangkan penggunaan perisian Matlab Simulink dalam memodel penukar Buck. Para pelajar didedahkan kepada bagaimana membina model litar, menganalisis operasi pensuisan dan sistem kawalan litar sebelum penyelakuan penukar Buck dilaksanakan. Hasil keputusan daripada penyelakuan komputer menentusahkan teori yang telah dibincangkan dalam kuliah. Justeru itu, kertas kerja ini boleh menjadi sebagai panduan asas untuk makmal latihan amali kursus elektronik kuasa berasaskan pemodelan dan penyelakuan komputer. Kata kunci: pemodelan; penyelakuan; penukar Buck; Matlab Simulink; elektronik kuasa
国家哲学社会科学文献中心版权所有